top of page

Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan

Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan

Raja Long Sulaiman (yang juga dikenali sebagai Wan Anom) mempunyai seorang putera yang bernama Long Yunus. Baginda ditinggalkan ketika masi berada di dalam kandungan bondanya pada tahun 1701. Long Sulaiman meninggalkan Patani dan mengembara ke Aceh dan akhirnya ke Istanbul di mana baginda telah menghabiskan masa selama 35 tahun di sana. Long Yunus dibesarkan oleh bonda tiri baginda, Raja Perempuan Patani, Mas Chayam. Baginda kemudian mengembara ke Kelantan dan tinggal dalam kalangan orang-orang miskin di kawasan kampung. Selepas kemangkatan Raja Long Muhammad pada 1757, Long Yunus dan teman baginda Long Gakpa pergi ke Terengganu. Ketika di Terengganu, Long Yunus menerima berita daripada Kelantan bahawa Raja Long Pandak sedang membentuk angkatan tentera untuk menyerang Terengganu.

Raja Long Pandak telah mensasarkan serangan baginda pada 1759. Baginda telah memaksa orang-orang muda di Kelantan dengan kejam untuk menjadi hamba dan pejuang. Selepas mengetahui kejadian ini, Long Yunus meminta bantuan Sultan Mansor dari Terengganu dan juga beberapa sukarelawan dari Kelantan. Perang saudara tercetus pada 1759, dan dibawah kepimpinan Long Yunus telah berjaya memenangi perang tersebut. Long Yunus telah berjaya menyatukan negeri Kelantan dan telah dinobatkan sebagai RAJA KELANTAN di Kota Kubang Labu pada 1765. Isu-isu politik telah stabil dan masyarakat telah disatukan di bawah pemerintahan adil Raja Long Yunus. Raja Long Yunus kemudiannya memindahkan pusat pemerintahan baginda dari Kota Kubang Labu ke Kota Pengalan Galuh, yang terletak di Kampung Sirih. Setelah mengalami pembangunan di dalam beberapa dekad sehinggalah abad ke-19, nama tempat tersebut ditukar kepada Kota Bharu.

Dalam peringkat akhir pemerintahan Raja Long Yunus, baginda dan Sultan Mansor dari Terengganu, yang merupakan teman karib baginda, bercanggah pendapat. Pada tahun 1794, Sultan Zainal-Abidin II dari Terengganu cuba menyerang Kelantan, tetapi gagal. Setelah kemangkatan Raja Long Yunus, Sultan Terengganu telah melancarkan serangan ke atas Kelantan sebanyak dua kali. Serangan pertama adalah pada 1795 dan kedua pada 1800. Kelantan tumbang pada serangan kedua oleh Terengganu dengan bantuan Patani. Pada 1801, LONG MUHAMMAD, putera kepada Raja Long Yunus membalas serangan dan telah berjaya memenangi semula Kelantan. Long Muhammad kemudian dinobatkan sebagai SULTAN MUHAMMAD I selepas kemenangan baginda.

 

TENGKU AHMAD

YMM Almarhum Tengku Ahmad Panglima Raja

Ibni YMM Almarhum Tengku Abdul Ghaffar

Ibni DYMM Almarhum Long Senik (Sultan Muhammad ll)

Ibni YMM Almarhum Long Tan

Ibni DYMM Almarhum Long Yunus

Ibni DYMM Almarhum Sultan Sulaiman

Tengku Ahmad telah dinobatkan sebagai Al-Sultan Kelantan, Tunku Ismail Petra semasa pertabalan baginda sebagai Sultan Kelantan. Puteri-puteri baginda dari bonda yang sama, iaitu Sultanah Cik Puan Hajah Fatimah binti Datuk Abdul Hamid telah ditabalkan sebagai Sultanah Johor. Tenku Ahmad telah menyaksikan pertabalan Sultanah Johor dan juga puteri bongsu baginda sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia.

TUNKU PUAN ZANARIAH

Tunku Puan Zanariah (Tengku Zanariah binti Almarhum Tengku Ahmad, lahir pada 5 Julai 1940) ialah permaisuri kedua Sultan Johor, Sultan Iskandar, melalui perkahwinan baginda pada 1961 sehinggalah kemangkatan baginda pada 2010. Baginda berkhidmat sebagai Raja Permaisuri Agong pada 1984 dan 1989. Kakanda baginda, Tengku Nora, telah bernikah kepada ayahanda mentua baginda, Sultan Ismail. Dilahirkan pada 5 Julai 1940, di Dusun Green Palace, Pasir Mas, Kelantan, Tengku Zanariah merupakan anak ketujuh daripada sembilan adik beradik kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Panglima Raja Kelantan.

Keraton D Jipang(Indonesia)

Ketika lawatan rasmi oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib merupakan sahabat rapat DYMM Tengku Iskandar Ibni Al-Marhum Tengku Ahmad Tengku Panglima Raja.

Kenangan yang terindah…Yang Amat Mulia Tengku Rozan Iskandariah binti Tengku Iskandar dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketika lawatan Rasmi oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ke Istana Dusun Green, Pasir Mas, telah cukup untuk mengukuhkan hubungan sekian lama ini.


bottom of page